Tuesday, October 13, 2009

10 TIPS HIJAU


10 TIP HIJAU....


1.
TANAM POKOK

“amalkan tanam pokok di tepi jalan dan kawasan perumahan.
Ia membantu mengurangkan suhu panasdi kawasan perumahan urban dan bertindak menyerap air banjir”.


2.
JANGAN BUANG BARANGAN TERPAKAI

“guna semula atau jual barangan persendirian bagi mengelakan berlakunya
kesan buruk kepada alam sekitar”.


3. KITAR SEMULA SURAT KHABAR, TIN DAN PLASTIK
“untuk mengurangkan pencemaran alam, kitar semula kertas, surat khabar,
bekas minum plastik dan plastik”.

4. JAUHI BEG PLASTIK
“diperbuat daripada bahan petroleum, penggunaan plastik sememangnya mendatangkan
kemudaratan kepada alam sekitar dan kesihatan diri”.


5.
JALAN,BERBASIKAL DAN BARANGAN TERPAKAI

“asap daripada kenderaan bermotor menyumbangkan kepada pelepasan hidrokarbon,
gas karbon dan gas karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi”.


6.
BAWA BEG GUNA SEMULA KETIKA MEMBELI-BELAH

“amalkan penggunaan beg mesra alam bagi mengurangkan pencemaran penggunaan
beg plastik yang membahayakan alam sekitar”.


7.
FIKIR SEBELUM MENCETAK, JIMAT KERTAS

“menggelakkan pembaziran terhadap penggunaan kertas, amalkan komunikasi menerusi
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau di laman maya, internet, serta kurangkan
penggunaan kertas pembalut barangan seperti hadiah”.

8.
MELUPUSKAN ATAU KOMPOS SISI MAKANAN

“jangan membuang sisa makanan ke dalam parit atau lubang yang boleh
mengakibatkan saluran tersumbat. Sebaiknya kompos sisa makanan menjadi baja tanaman”.


9. GUNA BARANGAN ORGANIK
“Baja organik dapat membantu memelihara kesegaran tumbuhan hijau”.

10.
JIMATKAN PENGGUNAAN BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR
“pastikan semua suiz bekalan elektrik di padamkan sebelum meninggalkan rumah.
Guna air tadahan hujan ketika melakukan aktiviti harian seperti menyiram tanaman”.













































"SMILE EARTH"



Dunia kini berhadapan dengan pelbagai isu, daripada pemanasan global kepada kemiskinan. Isu-isu inilah yang perlu ditangani oleh semua yang tinggal di muka bumi ini. Pencemaran alam berlaku di segenap pelusuk negara - di desa terpencil, di bandar yang hiruk pikuk, di lautan dalam, di daratan yang terbentang luas, di litosfera dan di atmosfera yang tidak terjangkau. Krisis kehilangan sumber biodiversiti alam adalah pada tahap yang membimbangkan. Kelab Pencinta Alam SMK Tunku Zalia dengan kerjasama kelab pencinta alam beberapa buah sekolah yang lain berusaha dengan giat untuk menyemai semangat cintakan alam sekitar dikalangan masyarakat. Krisis alam sekitar yang dialami di seluruh dunia berada pada tahap yang membimbangkan sehingga tercetusnya pelbagai bencana alam kesan daripada pembangunan yang pesat.



Aktiviti manusia yang menyumbang pemanasan global






Pengajaran: Hargailah Bumi Anda Sebelum Ia
Menyakiti Anda











"PERANGI PENGGUNAAN BEG PLASTIK"












"KEINDAHAN ALAM TELAH DINODAI"

Kelab Pencinta Alam sedang rancak melancarkan satu kempen "Perangi Penggunaan Beg Plastik" bagi menyelamatkan bumi dari terus menderita. Dewasa ini, bumi semakin nazak akibat kerakusan manusia yang leka mengejar kekayaan dunia. Tiada lagi belas ihsan daripada seorang insan yang bergelar manusia. Dunia hanya tumpangan sementara waktu bagi umat manusia.

Kerakusan manusia telah menyebabkan keindahan alam dinodai. Terdapat pelbagai masalah yang dicipta oleh manusia yang secara tidak langsung mendatangkan kemudaratan terhadap alam sekitar. Salah satunya ialah penggunaan beg plasti. Umum mengetahui bahawa beg plastik diperbuat daripada bahan-bahan petroleum.

Oleh itu, kita sebagai manusia perlu menggunakan beg mesra alam bagi memberi nafas yang baru kepada bumi.















Ini peringatan Allah swt, sebagaimana yang di sebut di dalam surah Ar- Rum ; 41

"telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"....



video